top of page

Piagam Pelanggan

6.(1) Tiap-tiap Mahkamah Anak Negeri hendaklah menjalankan bidang kuasa asal setakat yang dinyatakan dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini untuk mendengar, membicarakan, memutuskan dan meluluskan kes-kes berikut;

​     a. kes-kes yang timbul daripada
         pelanggaran undang-undang atau adat anak
         negeri yang semua pihaknya adalah anak
         negeri;

     b. kes-kes yang timbul daripada
         pelanggaran undang-undang atau adat anak
         negeri, dari segi agama, perkahwinan atau
         seksual, jika izin bertulis Pegawai Daerah yang
         bertindak atas nasihat dua orang Ketua Anak
         Negeri telah didapatkan bagi memulakan
         prosiding, jika satu pihaknya adalah bukan
         anak negeri;

     c. Kes-kes melibatkan undang-undang atau adat
         negeri berhubung dengan;
         
        (i). Pertunangan, Perkahwinan, Penceraian,
               Pembatalan Perkahwinan dan pemisahan
               Kehakiman;
 
       (ii). Pengambilan anak angkat, penjagaan dan
               jagaan budak, nafkah tanggungan dan
               keesahan; 

      (iii). Hadiah atau pewarisan dengan wasiat atau
               tak berwasiat; dan    
 
    d. Kes-kes lain jika bidang kuasa diberikan
        kepadanya oleh Enakmen ini atau mana-mana
        undang-undang bertulis yang lain. 
VISI
Keadilan Asas Kehormanian Dalam Konteks Mahkamah Anak Negeri
MISI
Memastikan pentadbiran di kendalikan mengikut Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 dan berdasarkan adat istiadat anak negeri.
bottom of page