top of page

Pendahuluan
-
Mahkamah Anak Negeri (MAN) merupakan salah satu institusi kehakiman yang telah lama wujud di Negeri Sabah. Kewujudannya ada kaitan dengan pertapakan secara rasmi Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di negeri ini pada tahun 1881. Tulisan ini membincangkan mengenai peranan MAN dalam konteks mentadbir dan melaksanakan undang-undang adat dengan mengambilkira undang-undang bertulis yang terpakai bagi mahkamah lain iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Perkara ini perlu dijelaskan memandangkan adanya satu peruntukan khas dalam Enakmen Mahkamah Anak Negeri tahun 1992 (EMAN 1992) iaitu Seksyen 9 yang menyatakan bahawa Mahkamah Anak Negeri tidak berbidang kuasa ke atas mana-mana perkara yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Penjelasan mengenai perkara ini dapat mengelak dari berlakunya isu pertindihan bidangkuasa mendengar kes khususnya di pihak MAN sendiri.
Sejarah Penubuhan
PENUBUHAN MAHKAMAH ANAK NEGERI
Mahkamah Anak Negeri ditubuhkan di bawah Bahagian II yang meliputi Seksyen 3, 4 dan 5 EMAN 1992. Melalui peruntukan tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sabah diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Anak Negeri di mana-mana tempat yang disifatkan patut dan boleh menetapkan wilayah bidang kuasa mahkamah-mahkamah berkenaan melalui pewartaan. Kewujudan MAN dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan yang memberi pengiktirafan kepada kedua Negeri Sabah dan Sarawak untuk meneruskan pemakaian dan pelaksanaan undang-undang adat anak negeri, termasuk penubuhan Mahkamah Anak Negeri.
Terdapat 3 peringkat MAN di Sabah yang terdiri daripada:
-
Mahkamah Anak Negeri
-
Mahkamah Anak Negeri Daerah
-
Mahkamah Rayuan Anak Negeri
bottom of page

